Ditubuhkan pada tahun 1998.Penubuhan PASTI Al-Husna diasaskan oleh beberapa ahli Usrah PAS Cawangan Hulu Bernam. Mereka terdiri daripada Cikgu Sofuan.Cikgu Shukri.Cikgu Shukor dan En.Othman dan dengan kerjasama beberapa tenaga muslimat. Cikgu Sofuan telah bermurah hati mewakafkan rumahnya yang beralamat No 13, Kampong Seri Geriang untuk dijadikan Tadika Islam. Tadika Islam ini ditubuhkan atas dasar tiada satu pun Tadika Islam di sekitar Hulu Brnam.
Pada peringkat awal penubuhannya PASTI Al-Husna, menggunakan nama Tadika Islam Kampung Seri Geriang. Beroperasi pada tahun pertama dengan murid seramai 9 orang . Puan Maria iaitu isteri kepada Cikgu Shukor adalah guru pertama Tadika Islam . Dibantu oleh Puan Fatimah iaitu isteri kepada Cikgu Shukri.
Pada Tahun ke 2 beroperasi nama Tadika Islam Kg Seri Geriang masih dikekalkan dan mempunyai pelajar seramai 17 orang. Puan Maria telah melepaskan jawatan sebagai guru pada bulan Mac 1999 kerana berpindah ke Pulau Pinang apabila suaminya menamatkan pengajian di UPSI. Puan Fatimah telah mengambil alih tanggungjawab sebagai guru dan dibantu oleh beberapa orang anak ahli usrah PAS. Nama Tadika Islam Kampong Seri Geriang telah ditukar kepada Tadika Islam Al-Husna pada bulan Jun tahun yang sama.
Tadika Islam Al-Husna terus berkembang dan pada tahun ketiga penubuhannya penerimaan masyarakat semakin meningkat dan pelajarnya telah bertambah kepada 24 orang. Pada tahun yang sama Tadika Islam Al-Husna telah berpindah ke sebuah bangunan yang baru di No. 528 Kg. Seri Geriang dan menggunakan nama PASTI Al-Husna. Dengan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pembelajaran dan pengajaran PASTI telah berkembang dan bilangan pelajarnya telah meningkat setiap tahun. Sehingga kini tahun ke 13 beroperasi pelajar Al-Husna telah meningkat kepada 71 orang.
KEJAYAAN PASTI AL-HUSNA
A. SUKAN PASTI KAWASAN
1. Johan Bola Sepak – 2006
2. Johan Bola Jaring – 2006
3. Johan Bola Jaring – 2007
4. Ketiga Bola Sepak – 2007
5. Johan Bola Sepak – 2009
6. Keempat Bola Jaring 2009
7. Naib Johan Bola Sepak 2010
8. Naib Johan Bola Jaring 2010
B. SUKAN PERINGKAT NEGERI
Naib Johan Bola Sepak – 2009
C. PESERTA BAKAT YG.MEWAKILI KAWASAN KE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI
1. Johan Bercerita (L) - 2010
2. Johan Sajak (L) – 2010
3. Johan Bercerita (P) – 2010
4. Nasyid - Johan – 2010
D. ANUGERAH PASTI
1. Johan Pertandingan 3K Peringkat Negeri Selangor – 2009
2. Naib Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan – 2009
3. Johan Pertandingan 3K Peringkat Negeri Selangor – 2010
E. ANUGERAH GURU1. Guru Cemerlang Peringkat Kawasan Hulu Selangor 2004 & 2007 – Pn. Fatimah bt. Haji Daud
2. Guru Pakar PASTI Pusat 2006 – Pn. Fatimah bt. Hj. Daud
3. Guru Paling Lama Berkhidmat di Selangor Tahun 2008 – Pn. Fatimah bt. Hj. Daud
4. Tokoh Guru Negeri Selangor Tahun 2010 – Pn. Fatimah bt. Haji Daud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan